Friday, April 10, 2009

Punca Gelap Bawah Mata




Berkenaan masalah kantung mata, ya Mak sedar yang ia menjadi masalah yang sinonim tidak kira di kalangan lelaki mahupun wanita, tetapi ia pasti lebih merunsingkan kepada maknyah, pondan-pondan dan adik-adik kerana jika ia berlaku ia akan menjadikan penampilan kita kelihatan kusam dan sangat tidak bermaya, dan ia pasti mencacatkan penampilan.




Alhamdulillah Mak tidak terlalu cenderung berhadapan dengan masalah ini, namun itu tidak bermaksud Mak boleh mengambil tidak endah kerana ia mungkin berlaku kepada Mak juga. Mengatasinya sebenarnya amatlah sukar, jadi seelok-eloknya kita cuba mencegahnya.
Ramai orang mengatakan kantung mata berpunca daripada kekurangan tidur, terutamanya tidur selama 8 jam, namun memandangkan kita mempunyai jadual yang padat ia pasti sukar untuk kita tidur dengan secukupnya setiap malam. Sebenarnya banyak lagi punca-punca kepada terjadinya kantung mata tetapi akan Mak jelaskan sebentar lagi.


Kantung mata, garisan halus dan bawah mata kelihatan mencengkung merupakan tanda-tanda penuaan yang lazim. Namun, apabila ia terjadi ke atas orang muda, terutamanya seseorang yang selalu memaksa untuk melihat dengan memberi tekanan kepada myopia, ini mungkin kerana terlalu banyak aktiviti yang dilakukan oleh otot-otot mata atau dikenali sebagai orbicularis hypertrophy. Kantung mata sebegini selalunya terbentuk dengan jelas dan akan kelihatan lebih jelas jika seseorang itu memaksa penglihatan atau squint. Kantung mata terletak paling dekat dengan kelopak mata. Kantung mata akan bereaksi dengan baik terhadap Botox, di mana ia memberikan kesan tambahan untuk memberikan bukaan mata yang lebih besar!




Walaubagaimanapun, secara peribadi Mak tidak akan berani mencuba untuk mencuba kaedah ini, memandangkan ia haram seperti yang telah dinyatakan dalam Fatwa terkini, tetapi mungkin bagi mereka yang menghadapi masalah yang kronik sehingga menjadikan penampilan mereka terlalu hodoh sehingga menjadikan mereka malu untuk berhadapan dengan masyarakat, maka hukumnya akan menjadi harus. Tetapi janganlah pula menggunakannya secara berlebih-lebihan, jika tidak kesan sampingannnya akan membahayakan diri anda.


Kantung mata juga boleh disebabkan lebihan tisu lemak pada permukaan di bawah mata. Terdapat 3 lapisan lemak yang ketara, terbentang dalam garisan lurus di bawah mata. Lapisan-lapisan ini membonjol di bawah otot-otot mata, menyebabkan benjolan yang ketara di kawasan bawah mata. Pada lapisan-lapisan lemak ini, terdapat komponen genetik yang luas yang tidak mungkin dapat dikurangkan walaupun dengan berdiet atau bersenam, bermaksud jika anda berdiet semata-mata untuk mengurangkan lemak bawah mata ia tidak akan membantu. Secara tradisional, pembedahan perlu dilakukan untuk mengalihkan lebihan lemak ini. Dengan pengalaman yang luas dalam Mesotherapy, sesetengah doktor menyuntik 'cocktail' penyusut lemak secara terus ke dalam lapisan lemak, maka ia akan mengurangkan keperluan untuk menjalani pembedahan. Sebanyak 3 sesi suntikan akan memberikan hasil yang terbaik.


Seterusnya, apabila seseorang meningkat dewasa, kualiti aliran limfatik pasa wajah menurun. Akibat terhentinya pergerakan ini, cecair dan toksin akan berkumpul dan menyebabkan kantung mata yang kembung. Saiznya berubah-ubah dari hari ke hari juga berbeza bergantung pada waktu untuk hari itu. Memandangkan situasinya bertambah buruk waktu demi waktu, pengumpulan cecair berlebihan menegangkan kulit yang kawasan mata yang halus dan sensitif. Selain pembedahan kelopak mata untuk mengalihkan lebihan kulit, terdapat beberapa rawatan yang berkesan sehingga kini. Terdapat pelbagai produk kosmetik yang tampil dengan rangkaian anti-penuaannya, namun memandangkan Mak masih muda jadi Mak tidak begitu pasti samada ia benar-benar berkesan atau pun tidak! :p Walaubagaimanapun ibu Mak menggunakan rangkaian produk SK II & Christian Dior dan dia sangat berpuashati dengan hasilnya.


Kesimpulannya kita dapat lihat di sini, masalah seperti kantung mata hanya boleh diatasi secara berkekalan dengan melakukan pembedahan dan tiada yang banyak boleh dibantu dengan menggunakan solekan. Walabagaimanapun, Mak rasa kita perlu mencuba sebegini jauh sehingga mengambil risiko untuk menjalani pembedahan, tetapi bagi mencegah pembentukan kantung mata kita mestilah sentiasa menggunakan krim mata yang sesuai dengan diri kita, seperti yang pernah Mak jelaskan sebelum ini pergilah ke farmasi berhampiran anda dan minta nasihat ahli farmasi di situ. Selain itu, cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan tidur yang secukupnya dan cuba untuk tidak menangis dengan terlalu banyak kerana ia akan memberi kesan buruk kepada kawasan mata anda! Jadi lain kali jika anda berhadapan dengan apa saja isu, melainkan kematian atau sesuatu yang benar-benar serius cuba sebaik mungkin untuk tidak menitiskan airmata, contohnya apabila teman lelaki anda melakukan perkara yang bodoh/sengal dan anda berasa seperti hendak menangis dan berteriak sepanjang malam, selalulah beringat "Hey aku tidak mahu kelihatan hodoh keesokan harinya!" dan harap-harap ia akan mencegah diri anda daripada diserang kantung mata. :p




Antara cara mencegah gelap di bawah mata atau kantung mata:




1) Gunakan timun atau kentang, tekapkan di mata untuk 10-15 menit.


2) Boleh dapatkan 'eye pad' dari farmasi berdekatan, untuk menghilangkan kantung mata.


3) Gunakan krim Garnier Brightening Eye Roll. Cuma 24.50.


4) Lakukan pemeriksaan doktor, atau lakukan pemeriksaan darah yang menekankan bahagian buah pinggang, kerana warna gelap di bawah mata anda mungkin menandakan yang anda mengalami masalah buah pinggang yang menyebabkan tubuh badan anda mengandungi banyak toksin.


5) Jika anda rasa krim atau make-up anda yang baru saja di cuba menyebabkan alergi kepada kulit bawah mata anda yang nipis, berhentilah memakai bahan tersebut.




Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. Sejak trend korea nie berleluasa kat malaysia nie.. rmi yg ckp de kantung mata tuh comel. ala2 perempuan korea gituu.. mcm mata dok tersenyum jer even kiter xsenyum.. hehehe

    ReplyDelete